Kerusi Mersing Kekal Milik UMNO, Tegas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menolak permohonan maaf Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui satu ciapan di Twitter berkata kerusi parlimen Mersing akan tetap menjadi milik Umno di dalam pilihanraya umum akan datang.

“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO,” katanya sebentar tadi.

Zahid berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Abdul Latif yang mendakwa UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam rakaman video yang viral itu, Ahli Parlimen Mersing berkata: “Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu. Kalau tak nak, tak payah masuk politik.

“Cuma saya tak ada Facebook, saya tak ada Instagram, saya tak ada Twitter jadi orang tak boleh hentam saya. Kalau dia hentam, saya pun saya buat tak tahu, sebab saya tak ada.

“Orang Sabah, dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.

”Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu”.

Abdul Latiff adalah antara enam ahli Parlimen UMNO yang keluar UMNO dan menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat