R-Naught Negara Terus Catat Trend Penurunan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.95 pada Selasa berbanding 0.97 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, beberapa negeri masih mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.26.

Ini diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Perak.

Selangor, Johor, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat