BN Lantik Zambry Abd Kadir Sebagai SU Agung Yang Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik Setiusaha Agung Barisan Nasional yang baharu.

Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan medianya berkata, Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik bekas Menteri Besar Perak bagi menggantikan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam pada itu, Dewan Tertinggi BN juga bersetuju melantik Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional yang baharu.

Mesyuarat Tertinggi BN yang diadakan secara maya turut dihadiri oleh kesemua empat parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Mesyuarat ini adalah memenuhi Akta Pertubuhan 1966. Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN telah membentangkan Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

“Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk menambahkan kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membatu pendafaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pendalaman. Dewan Tertinggi juga menyeru semua pigak agar mematuhi SOP bagi pengawalan penularan Covid-19 yang sangat membimbangkan ketika ini.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat