Agong Titah Mengadap Semua Pemimpin Parti Politik Utama?

CYBERJAYA – SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Baginda dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti dengan parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Baginda juga dijangka menggunakan pertemuan tersebut untuk mendengar pandangan isu semasa dan mengenai lanjutan proklamasi darurat.

Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Baginda dijangka akan membuat keputusan sama ada akan menamatkan Darurat atau menyambung lagi pada Julai nanti.

Terdapat pandangan Darurat wajar disambung sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2021 memandangkan ancaman pandemik Covid-19 masih serius membabitkan ribuan kes sehari dan usaha vaksinasi belum mencapai 50%.

Bagi pelanjutan tempoh Darurat juga, Baginda dijangka akan mendengar pandangan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...