Proklamasi Melayu: Mahathir Ikhlas, PAS Jelas Oportunis – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sokongan PAS terhadap perjuangan Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai tindakan oportunistik sekali gus menggambarkan satu peribahasa iaitu “musuh kepada musuh saya adalah kawan saya”.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam hal ini PAS merasakan mereka dan Dr Mahathir berkongsi ‘musuh’ yang sama iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang ini PAS melihat Dr Mahathir adalah musuh Anwar dan baru-baru ini ada pula polemik saman fitnah antara Mahathir dan Anwar dan ini betul-betul kisah politik Malaysia yang tak berkesudahan antara dua tokoh tersebut,” kata bekas Menteri Kesihatan itu dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Selasa.

PAS terserlah oportunis, kerana kata Khairy, mereka maklum bahawa Anwar ada masalah untuk dapatkan sokongan Melayu dan dengan memainkan isu kaum ini memang akan beri kelebihan kepada PAS sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selain itu, Khairy juga berpandangan PAS sanggup menggadaikan prinsip mereka yakni daripada memperjuangkan Islam kepada Melayu.

Beliau berkata, rakyat sedar DNA politik Mahathir ialah memperjuangkan Melayu dan ia bukan perkara baharu.

“Tak luar biasa untuk Mahathir memperjuangkan Melayu kerana kita tahu selagi hayat dikandung badan beliau akan memperjuangkan isu ini (Melayu).

“Dalam konteks Proklamasi Orang Melayu, jelas Mahathir ikhlas tetapi PAS itu ternyata oportunis.

“Ideologi PAS sebelum ini kalau cerita pasal Melayu dilabel sebagai assabiyah. Ini sesuatu yang bertentangan dengan ideologi politik Islam, yang dibawa oleh PAS.

“Ramai terkejut bila PAS setuju dengan Proklamasi Melayu sebab identiti PAS selama ini ialah Islam. Parti Islam Semalaysia dan mungkin di situ ada oportunistik… untuk Mahathir ini memang benda biasa, beliau memang ultra Melayu,” ujar Khairy.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menzahirkan rasa kurang senang berkenaan cara Perdana Menteri menangani isu Proklamasi Orang Melayu ini.

Kata Khairy, hujah harus dibalas dengan hujah bukannya memperlekeh atau menghalang pandangan yang dikemukakan.

“Tindakan kerajaan menghalang himpunan Proklamasi Orang Melayu daripada disuarakan di gelanggang terbuka akan jadi lebih bahaya, kita kena lawan hujah dengan hujah.

“Kalau kita bertindak memperlekeh dan kita tutup ruang kepada orang kita tak setuju itu akan timbulkan rasa marah dikalangan sebahagian mungkin atas pagar sekarang ini. Sebab mereka kata apa salahnya kalau Mahathir nak cakap soal Melayu?

“Saya rasa benda ini berbalik kepada strategi penghujahan kerajaan sedia ada.Mereka tak boleh hanya menolak isu ini, memperlekeh, memperkecilkan dan meremehkan isu ini atau tertawakan individu yang cuba bangkitkan isu ini… jelaskan kenapa kita juga dapat menjaga orang Melayu tanpa mengambil tindakan lebih eksklusif,” ujar beliau.

Khairy juga mencadangkan agar Anwar mengumumkan bantuan dan peruntukan yang dibuat Kerajaan Madani bagi membantu Melayu kerana lama kelamaan pendapat lawan akan terhakis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat