Anwar Kini Pembuat Dasar, Tak Patut ‘Tenyeh’ Mahathir Dan Daim Seperti Pembangkang – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak lagi berhujah seperti pembangkang memandangkan beliau kini pembuat polisi.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas kenyataan Anwar yang ‘menghentam’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang didakwa sakau duit ketika berkuasa agar memulangkan semula kepada rakyat.

Khairy berpandangan bahawa strategi komunikasi Anwar telah gagal ketika menyuarakan hujah berkenaan dan jelas tidak matang serta tidak sepatutnya diperkatakan oleh seorang Perdana Menteri.

“Strategi komunikasi dia (Anwar) gagal, kamu dah jadi Perdana Menteri kenapa nak cabar orang sampai begitu?

“Kalau betul dah sakau kenapa tak buat siasatan, kenapa tak minta badan-badan penguatkuasaan buat siasatan ataupun buat polisi yang boleh agihkan kekayaan tersebut? kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Selasa.

Kata beliau, kerajaan boleh mengenakan Cukai Kekayaan iaitu cukai yang dikenakan ke atas nilai aset yang dipegang seseorang.

“Kenakan Cukai Kekayaan, kamu dah jadi pembuat dasar kenapa nak cabar orang ini? Ia tindakan yang sangat tak matang dan tak sepatutnya diucapkan Perdana Menteri di depan Yang di Pertua Pulau Pinang.

“Perdana Menteri ada kemahuan untuk ‘tenyeh’ Mahathir dan Daim, dia perlu kawal kemahuan itu. Sewajarnya Anwar serlahkan ucapannya dengan peruntukan untuk maahad tahfiz dan bantuan kepada Bumiputera.

“Anwar pilih jalan mudah, tak fikir soal polisi untuk agihkan kekayaan tapi cabar orang yang kononnya sakau untuk bagi berbilion ringgit, tak ada sapa nak bagi maklum balas, ia memalukan,” ujar beliau.

Untuk rekod pada 6 Mei lalu di Pulau Pinang, Anwar mencabar bekas pemimpin yang mengaut keuntungan ketika memerintah untuk menyerahkan separuh kekayaan mereka kepada orang Melayu, sekiranya benar mahu membantu bangsa itu yang dikatakan masih ketinggalan.

Bahkan Anwar juga menamakan Mahathir dan Daim sebagai individu yang beliau maksudkan itu.

Hal demikian, Khairy menasihatkan agar Anwar lebih berhati-hati ketika menyuarakan cabarannya kepada Mahathir dan Daim kerana ia akan mengundang reaksi negatif.

“Saya tak faham dinamika hubungan politik antara Anwar dan Mahathir, kenapa mereka tak boleh ‘let go of each other’?

“Walaupun mereka pernah cuba bekerjasama pada 2018 namun jelas mereka tak boleh bersama. Ini mungkin disebabkan pengalaman pahit yang dihadapi oleh satu sama lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat