Peruntukan RM501 juta untuk projek tebatan banjir dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN –  Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperuntukan RM501 juta untuk projek tebatan banjir dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), kata Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Jelas Wan Rosdy, bagi perkembangan projek PLSB Sungai Kuantan Pakej 1 iaitu menaik taraf  Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir, status perkembangan projek itu sebanyak 99.73 peratus siap.

“Baki 0.27 peratus lagi membabitkan kerja bekalan elektrik. Justeru kontraktor terbabit meminta lanjutan tempoh selama tiga bulan bagi kerja kemasukan bekalan elektrik membabitkan projek itu.

“Projek tebatan banjir lain ialah RTB Pekan Fasa 2 iaitu pembinaan tebatan Sungai Pahang dan kerja berkaitan sekitar 69 peratus serta projek Sungai Sematan, Temerloh bagi membina ban kawasan Mentakab (lapan peratus).

“PLSB Sungai Kuantan Pakej 3 iaitu membina ban pencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih serta mempertingkatkan ban sedia ada di Perkampungan Sungai Isap serta Sungai Semantan Temerloh Fasa 1,” katanya ketika menjawab soalan V Arumugam (BN-Sabai) yang ingin tahu perkembangan projek tebatan banjir di Pahang untuk mengurangkan risiko banjir berulang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.

Menurut Wan Rosdy lagi, tiga lagi tebatan banjir yang sedang dalam peringkat reka bentuk yang membabitkan kos RM168.7 juta.

“Ia membabitkan projek di PLSB Sungai Jelai, Lipis Fasa 1, PLSB Sungai Kuantan Pakej 2 dan membina ban pencegah banjir di Sungai Pandan serta Sungai Kuantan di Bukit Rangin dan kerja berkaitan.

“JPS telah membuat kertas permohonan cadangan Rancangan Tebatan Banjir Daerah Bentong secara ‘off-budget’ kepada kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos sebanyak RM410 juta pada tahun 2022 dan sehingga kini.” Ujarnya lagi.

Dalam persidangan itu, Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan mengakui bahawa Pahang sentiasa dilanda banjir dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan, justeru menjadi tugas dan tanggungjawan kerajaan negeri untuk memohon peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Selain memberikan keutamaan mana yang lebih penting, banyak kawasan dilanda banjir dan pihak JPS telah buat kajian manakala lazimnya permohonan ini mengambil masa.

“Apabila peruntukan sampai, pihak JPS akan membuat cadangan di mana lokasi yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksana projek tebatan banjir ini,” ujarnya

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat