Selebriti meriahkan Johor Street Market

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Dua tahun lamanya Bazar Ramadan dan Bazar Raya tidak dapat dijalankan kerana pandemik Covid-19.

Namun pengumuman Fasa Peralihan ke Fasa Endemik pada 1 April lalu ternyata melegakan banyak pihak terutama peniaga yang mahu mencari pendapatan tambahan.

Turut gembira dengan perkembangan itu ialah penyanyi rock era 1990-an yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia, Rahimah Sukor atau dikenali Emma Rockers.

Dia yang juga Pengarah syarikat Impact Music & Entertainment bersyukur kerana diberi kepercayaan dari pihak B5 Johor Street Market untuk menerajui program Ramadan dan membawa rakan-rakan artis serta selebriti berniaga di tempat terbabit.

“Syukur diberikan kepercayaan mengendalikan program ini. Kami mendapat kerjasama dari pihak pengurusan bangunan, Nurul Azwin Adnan dalam penganjuran Bazaar Ramadhan.

“B5 Johor Street Market secara tidak langsung memberi ruang kepada rakan-rakan artis berniaga produk-produk eksklusif mereka,” kata Emma yang turut memaklumkan pentas utama disediakan bagi menampilkan persembahan artis jemputan sekali gus memeriahkan lagi program itu.

Katanya, program berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan berkonsepkan Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

 

Beego bakal memeriahkan Johor Street Market
Beego bakal memeriahkan Johor Street Market

 

Acara tradisi sempena Ramadan iaitu edaran B5 Bubur Lambuk akan diadakan oleh Pemadam Negeri Johor diketuai Ahli Dewan Undang Negeri Yong Peng merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

“Program ini akan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim yang akan ditemani penyanyi popular Fauziah Latiff atau Gee.

“Dia juga akan menyantuni anak-anak ini untuk acara membeli belah Raya yang turut ditemani artis muda Faiz Hazni (I Can See Your Voice 3) dan Yazid AF7,” tambah Emma lagi.

Orang ramai turut berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti tempatan antaranya Roslan Shah, Beego dan isterinya Linda Hashim serta penampilan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahidah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat