Cef Yang Jamil jual makanan serendah RM5

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Sekurang-kurangnya apa yang saya buat ini memberi tamparan kepada peniaga yang menjual makanan dan minuman terlalu mahal. Padahal harga barang mentah taklah terlalu mahal,” kata pelakon, pengacara dan cef selebriti, Yang Jamil.

Chef Yang Jamil yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan selama hampir 40 tahun kini memperkenalkan makanan untuk berbuka dengan harga serendah RM5.

“Sekarang ini harga makanan, lauk-pauk dan kuih di bazar Ramadan terlalu mahal. Jadi, saya ambil inisiatif buat jualan bajet nasi goreng Cina dan kueyteow kerang dengan harga RM5 sahaja.

“Ia harga yang paling murah untuk pelanggan yang nak berbuka. Jadi

dengan cara ini dapatlah insan-insan

yang tak mampu,  dapat makan dengan harga yang ditawarkan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, boleh dikatakan hampir setiap tahun dia akan berniaga di bazar  Ramadan, namun semuanya berubah apabila pandemik Covid-19 selama dua tahun.

“Tahun ini saya kena berniaga juga demi kelangsungan hidup. Tak malulah niaga ini asalkan jangan mencuri. Semua orang sekarang tak berduit. Jangan malas sahaja.

“Dulu saya berniaga di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana Ampang, namun tahun ini di bazar Ramadan Taman Melawati.

“Alhamdulillah, memang tak menang tangan dibuatnya. Ada keberkatan di situ bila niat kita nak bantu hamba-hamba Allah yang tak mampu.

“Saya amalkan konsep berniaga sambil beramal,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,599FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat