Jaga Kebersihan dan Keselamatan Juadah di Bazar Ramadhan – Jalaluddin Alias

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Para Peniaga bazar ramadhan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran agar dapat menyediakan juadah yang segar, bersih dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias meminta agar peniaga dan juga pembeli bersama-sama peka terhadap keselamatan makanan dan minuman khususnya sepanjang ramadhan ini.

“Tidak dapat dinafikan, rata-rata juadah yang dijual di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan memang memiliki keenakan dan kualitinya yang tersendiri, sehinggakan ia mampu menggamit selera para pelancong antarabangsa untuk menikmatinya.

“Apatah lagi bagi makanan berisiko tinggi yang berasaskan santan, daging dan telur.

“Pada saya, penyediaan makanan melibatkan bahan-bahan sebegini perlu disediakan dengan sehabis baik dan tidak boleh ada sebarang proses ‘kitar semula’ makanan yang tidak habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, para peniaga perlu menjaga kualiti makanan dan minuman yang dijual serta menjaga SOP bagi mereka yang datang membeli juadah di bazaar ramadhan.

“Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Wilayah Persekutuan dapat meningkatkan kerjasama strategik dengan Jabatan Kesihatan untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran disiplin ini dalam kalangan para peniaga kita di Wilayah Persekutuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat