‘Avaa pendam derita 11 tahun’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tidak sesekali menyesali takdir hidup biarpun bahtera perkahwinan yang dibina atas dasar cinta selama 11 tahun berakhir dengan perceraian.

Sedikitpun pelakon yang pernah mencipta populariti menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang dan Hantu Kak Limah, Avaa Vanja, 42, kesal dengan ketentuan dalam hidupnya.

Pelakon kacukan Melayu, Indonesia, Punjabi dan Arab itu menyifatkan kehancuran rumah tangganya sebagai suratan takdir.

Biarpun baru sebulan memegang status ibu tunggal, Avaa sudah ‘move on’, malah, gembira dapat kembali aktif dalam bidang lakonan yang cukup dirinduinya.

Avaa berkata, bercerai bukanlah proses mudah, terutamanya apabila tiada persefahaman.

“Disebabkan itu, saya menggunakan khidmat peguam. Namun, ada sesetengah pihak mampu membayar peguam, ada pula sebaliknya. Saya bersyukur masih boleh membayar khidmat peguam dan memperjuangkan apa yang diingini.

“Seperti semua maklum, ia bermula dengan kes penderaan. Dari situ, saya memutuskan tidak sihat berada dalam hubungan seperti ini.

“Untuk anak, saya melihat perkara ini juga tidak bagus, jadi inilah masanya untuk saya berdiri mempertahankan hak.

Saya bukannya muda lagi. Walaupun tidak bertudung, saya masih ingat Allah.

“Itu yang mendorong saya melakukan sesuatu. Saya berkahwin selama 11 tahun dan mengambil masa selama 11 tahun juga untuk keluar daripada perkahwinan ini,” katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah tidak bahagia sepanjang 11 tahun berkahwin, Avaa mengakui, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh sukar disebabkan bekas suami sedang menyambung pengajian di luar negara.

“Saya hidup sendiri hampir tiga tahun. Saya menempuh detik kehamilan dan mengusung perut seorang diri. Hanya ketika melahirkan anak barulah bekas suami berada di sisi.

“Hanya selepas anak berusia dua tahun setengah bekas suami pulang ke Malaysia. Jadi, ia seperti dua budaya yang bertembung selepas hidup sebumbung.

“Saya jenis fleksibel dan ikut rentak, tetapi lama kelamaan, tahap kesabaran saya tercabar. Jujurnya, agak lama seorang wanita bertahan selama 11 tahun,” katanya.

 

Avaa tidak menyesal pengorbanan dilakukan termasuklah mengenepikan kerjaya lakonan ketika nama sedang memuncak untuk berkahwin. - NSTP/Aswadi Alias
Avaa tidak menyesal pengorbanan dilakukan termasuklah mengenepikan kerjaya lakonan ketika nama sedang memuncak untuk berkahwin. – NSTP/Aswadi Alias

 

Avaa atau nama sebenarnya, Avaa Vanja Mohamad Ramli berkata, dia sejenis seorang ‘go getter’.

“Saya mahu mencapai gol saya. Dan, gol saya untuk melihat suami berjaya di dalam industri muzik.

“Sebagai isteri, saya sudah tidak memikirkan soal diri sendiri. Saya hanya mahu melihat keluarga bahagia. Ia adalah proses panjang, tetapi tiada perubahan dan perkembangan,” katanya.

Katanya, dia tidak menyesal pengorbanan dilakukan termasuklah mengenepikan kerjaya lakonan yang sedang memuncak.

“Secara jujurnya, saya merindukan dunia lakonan. Saya suka dengan apa yang dilakukan dahulu.

“Saya pernah bergelut untuk berjaya. Disebabkan itu, saya memberontak hingga mengganggu kesihatan mental.

“Saya alami masalah keresahan dan serangan panik hingga berkejar ke hospital. Semuanya jadi serba tak kena sehingga lapan perkahwinan. Akhirnya, saya bertemu doktor psikiatri.

“Dari situ, saya melihat kesihatan mental penting. Saya mula meyakinkan diri bahawa saya wanita kuat,” katanya.

Avaa berkata, dia sudah berfikir sesuatu sebelum bercerai.

“Saya merancang apa yang ingin dilakukan. Jika tidak dapat berlakon filem, tidak mengapa.

“Saya akan menduduki kerusi pembantu pengarah atau mengarah filem sendiri.

“Saya mula menulis skrip dengan harapan saya boleh mengarah, tahun depan,” katanya.

Katanya, dia mula berjinak-jinak sebagai pembantu pengarah.

“Saya juga sudah membintangi tiga filem sejak kembali ke dunia lakonan, tahun ini.

“Ia bermula apabila menyertai Pertubuhan Karya Sutradara Sinematik Malaysia atau MCAG. Selain itu, rakan penggiat seni terutama Ellie Suriaty mendorongnya kembali ke dunia lakonan.

“Tugasan pertama diberikan MCAG adalah mengarahkan dan menerbitkan program Rahsia Sutradara – Be Your Own Director. Dari situ, bakat saya sebagai pengarah mula menjadi perhatian,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat