Kandungan Pendidikan Sedia Ada Berkaitan Kenegaraan, Integriti Sudah Mencukupi – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memberi pendidikan awal mengenai kenegaraan dan integriti negara dalam kalangan murid prasekolah hingga lepasan menengah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, usaha tersebut selari dengan teras dua nadi keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti demi hindari gejala negatif.

“Pada peringkat prasekolah murid diberi pendedahan tentang elemen kenegaraan melalui kandungan kurikulum seperti mengenal Malaysia, memahami lambang atau identiti negara, meraikan hari kebangsaan dan hari Malaysia, mengetahui keistimewaan negara dan memahami warisan budaya masyarakat Malaysia.

“Di peringkat sekolah rendah pula, murid diajar mengenai Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara.

“Ini termasuk latar belakang pengetahuan asas sejarah negara melalui tema
“Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita” untuk membentuk karakter murid sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cinta akan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Hlu Langat Mohd Sany Hamzan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Fadhlina lagi, selaras dengan kematangan usia dan tahap pengetahuan, murid sekolah menengah turut didedahkan secara lebih mendalam tentang politik melalui tema “Sejarah Kita dan Dunia, Warisan Bangsa, Kedatangan Kuasa Asing, Pembinaan Negara serta Malaysia dan Masa Hadapan”.

“Ini adalah bertujuan supaya murid memahami kepentingan peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.

“Pada peringkat pra universiti, kandungan tentang kenegaraan dan integriti sebagai topik yang diberikan penekanan telah pun dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Pengajian Am sedia ada.

“Mata pelajaran Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib diajar pada peringkat Tingkatan Enam.

“KPM berpandangan kandungan berkaitan kenegaraan dan integriti yang sedia ada telah mencukupi mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat