KPM Komited Tangani Isu Beg Berat Murid Sekolah – Fadhlina

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu beg berat murid dan pada masa yang sama menjimatkan perbelanjaan Kerajaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini berkata, usaha tersebut masih diteruskan demi kesejahteraan murid untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan khususnya yang beroperasi secara dua sesi.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan penambahbaikan inisiatif bagi menangani isu beg berat secara holistik bermula pada tahun 2022 seperti berikut:

  1. Penyediaan lokar sekolah rendah kepada semua murid Tahap 1 iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi;
  2. Penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema;
  3. Mengehadkan penggunaan bilangan buku latihan iaitu tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran;
  4. Menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP;
  5. Menerbitkan buku teks dalam format digital secara berterusan;
  6. Menggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid; dan
  7. Bekerjasama dengan pihak JAKIM dari aspek penyelarasan uniform bagi murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan Kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA).

“KPM yakin pendekatan yang dilaksanakan ini dapat menangani isu beg berat murid di sekolah secara berterusan,” katanya.

Tambahnya lagi, pada masa ini KPM dalam usaha untuk menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk buku teks secara fizikal kepada digital dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan semua murid dan ketersediaan capaian internet.

“KPM juga mengadakan sebahagian bahan pembelajaran dalam bentuk digital. Pada masa ini, KPM telah memuat naik sebanyak 754 buah buku teks digital dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat