PBT Sabah diseru sedia surau sementara di bazar Ramadan – Dr Aliakbar

KOTA KINABALU, 9 Februari 2026 — Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah, Aliakbar Gulasan, menyeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini agar menyediakan surau sementara atau ruang solat yang sesuai di setiap tapak bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, bazar Ramadan bukan sekadar ruang ekonomi untuk peniaga dan pengunjung, sebaliknya medan menghidupkan syiar Islam yang tidak seharusnya meminggirkan kewajipan ibadah.

Menurut beliau, dalam kesibukan peniaga mencari rezeki dan orang ramai membeli juadah berbuka puasa, kewajipan solat perlu terus dipelihara dan dipermudahkan.

Katanya, penyediaan kemudahan surau berhampiran tapak bazar akan membantu peniaga serta pengunjung menunaikan solat dengan lebih mudah, teratur dan selesa tanpa perlu meninggalkan kawasan bazar atau berkejar ke masjid dan surau yang jauh.

“Apabila urusan ibadah dipermudahkan, peniaga dapat mengurus perniagaan dengan lebih lancar tanpa kekangan masa. Insya-Allah, rezeki yang diperoleh juga akan menjadi lebih berkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap semua pihak termasuk penganjur bazar dan agensi berkaitan memberi perhatian serius terhadap perkara itu agar bazar Ramadan di Sabah bukan sahaja meriah dari sudut ekonomi, malah dipenuhi nilai takwa serta menjadi contoh pengurusan yang mesra ibadah.

“Negeri yang diberkati bukan diukur pada ramainya manusia berniaga, tetapi pada ramainya manusia yang taat kepada perintah Tuhan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat