Kerajaan Cari Alternatif Bantu Rakyat Selain KWSP – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang berdepan masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui memahami rakyat sedang menghadapi masalah kewangan akibat peningkatan kos sara hidup.

Namun beliau menegaskan, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.

“Kita kena timbang. Kita sedang cari jalan kurangkan beban mereka tanpa menimbulkan beban lain pada masa mereka bersara nanti,” katanya selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil – Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL), lapor BH pada Khamis.

Perdana Menteri ditanya sama ada pengeluaran KWSP dalam pertimbangan kerajaan bagi Belanjawan 2023.

Pelbagai pihak menggesa kerajaan mengutamakan dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan termasuklah membenarkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat