Mencontohi Masyarakat Madani Di Gorontalo

- Advertisement -

OLEH: Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tatkala pendukung-pendukung awal Reformasi seperti Azmin Ali, Dr. Chandra Muzafar, Roslan Kassim, Mohd Ezam Nor dan ramai lagi meninggalkan perjuangan di pertengahan jalan.

Ianya tidak mudah, kerana selepas PRU14 tidak ada gabungan parti politik mendapat clear majority untuk membentuk Kerajaan persekutuan. Ianya diputuskan di Istana Negara dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Apakah harapan rakyat Malaysia?
Pertama, mahu melihat ekonomi negara pulih bagi memastikan rakyat terutama golongan marhaen dapat meneruskan kehidupan dengan Bahagia.

Itulah matlamat utama atau ketibaan makna kepada Madani. Menurut Al-Farabi, matlamat keBahagiaan itu ada dua, di dunia dan di akhirat.
Saya pernah mengunjungi provinsi Gorontalo. Ia sebuah negeri yang sangat indah dengan kehijauan yang alami, bukit bukau terpelihara, lautan bersih hinggakan ikan paus boleh hidup dengan Bahagia.

Mereka berkata, kalau tidak ada Gorontalo tidak lengkap Indonesia. Semangat itu ada di dada Gorontalo, contohnya wang bukan perkara paling utama. Rakyat Indonesia di Gorontalo tidak ada yang miskin.
Maksudnya, di Gorontalo tidak ada yang kelaparan dek kerana tidak ada wang. Di Malaysia kita sebut putaran ganas kemiskinan.

Tidak ada peminta sedekah di Gorontalo. Mahu makan nasi ada di mana-mana, tidak ada nasi ada ubi, tiada ubi ada jagung, bukan itu sahaja ikan tuna yang segar dan murah ada di mana-mana, bak kata orang Gorontalo, tidak ada yang melarat tanpa makanan. Akan ada sahaja yang akan memberi dengan penuh Kebahagiaan.

Bagi saya itu sudah mencapai sebahagian cita-cita masyarakat Madani. Kata Al-Farabi lagi, jika mahu melihat Madani itu harus meliputi semua aspek yakni bahasa, budaya, politik, ekonomi, pemerintahan, pemikiran, apatah lagi aspek beragama.

Harapan kedua, tentang siasah yang sihat, maksudnya pemerintahan yang berintegriti dan bermaruah, serta berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Disebut dengan jelas oleh Profesor Naquib Al-Attas bahawa ilmu pengetahuan barat yang disebut sekular itu perlu dilihat semula apakah perlu diislamisasikan dengan nilai-nilai Islam yang sebenar supaya ianya boleh digunakan dalam masyarakat bernegara dan menghasilkan masyarakat Madani yang dicita-citakan.

Profesor Huntington misalnya, tidak lagi melihat tamadun Barat tidak boleh disaingi malahan tamadun-tamadun lain seperti China, India dan Asia Tenggara akan mula menguasai dunia pada dekad mendatang.

Saya fikir Anwar sebagai Perdana Menteri melihat peluang ini dengan mengemudi negara Malaysia keluar dari kepompong dan kembali muncul sebagai kuasa bersama ekonomi dan politik di sebelah sini.

Segelintir rakyat perlu menganjak paradigma, daripada pemikiran Aristotle atau Plato kepada pemikiran Al-Farabi atau pun Ibnu Khaldun misalnya.

Aristotle misalnya dikenali dengan falsafah menggambarkan manusia itu sebagai haiwan politik, sebaliknya Al-Farabi mengangkat darjat manusia itu daripada digelar haiwan politik kepada manusiawi yang ada tanggungjawab kepada Tuhannya.
Maka itu, untuk menilai pemerintahan Kerajaan hari ini kita perlu memastikan masyarakat Madani Malaysia difahami, dilaksanakan dan akhirnya menjadi peradaban yang dimaksudkan oelh Al-Farabi sebagai Kebahagiaan yang nyata.

Tugas agensi-agensi Kerajaan seperti J-KOM, JAPEN, KKD dan lain-lain sesangat penting bagi memastikan konsep Kekinian ilmu itu akhirnya berjaya melahirkan masyarakat Madani sepenuhnya.
Jika masyarakat Madani Malaysia dapat dihasilkan, maka tidak akan ada lagi isu-isu perkauman, putaran ganas kemiskinan, politik kebencian sebaliknya diganti dengan mahabbah, persaudaraan, keadilan dan kebahagiaan.

Saya rasa itulah harapan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim.

Penulis adalah pemikir dalam bidang politik dan kerajaan, memberikan tumpuan kepada pembinaan negara bangsa, Pendidikan, keselamatan negara dan pengehakupayaan komuniti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat