Angka Kematian Akibat Gempa Bumi Syria, Turkiye Melebihi 17,000

- Advertisement -

ISTANBUL – Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 17,176 orang.

Lapor AFP, jumlah itu dilihat menghampiri jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa angka korban bakal melepasi 20,000 orang.

Malah, pasukan penyelamat berkata, harapan kini amat pudar untuk mencari mangsa-mangsa yang tersepit di bawah runtuhan selain cuaca beku menyukarkan lagi operasi mereka.

Pegawai perubatan berkata, sebanyak 14,014 orang maut di Turkiye dan 3,162 orang di Syria akibat gegaran 7.8 dan 7.5 magnitud pada Isnin lalu, menjadikan jumlah yang disahkan kepada 17,176.

Kelmarin, WHO menyuarakan kebimbangan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh melebihi 20,000 mangsa.

Pegawai kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood berkata, jangkaan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu terhadap kes terdahulu yang melibatkan kejadian bencana gempa bumi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat