Kira-kira 630,000 Data Portal Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Bocor

- Advertisement -

GEORGETOWN – Kira-kira 630,000 baris data dan maklumat daripada laman web kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa bocor serta dimuat naik dalam platform dalam talian dikenali BreachForums.

Seorang pengguna dengan nama LeakBase mendakwa memuat naik data itu dalam platform forum itu pada 18 Januari lalu.

“Hello komuniti BreachForums, saya telah memuat naik Pangkalan Data Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk anda muat turun. Terima kasih kerana membaca dan selamat menikmatinya,” tulisnya.

Dakwaan itu pada mulanya dikongsi pemilik akaun bernama @FalconFeedsio di Twitter sebelum Facebook OMG Hackers berkongsi perkara sama hasil pemerhatian mereka.

“Sekali lagi, ID pengguna ‘LeakBase’ di BreachForums membuat dakwaan memiliki data bocor Malaysia. Kali ini, data bocor daripada ID pengguna di BreachForums bertaraf ‘GOD’ itu mendakwa memiliki 630,000 baris data daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Hantaran itu telah dimuatnaik pada 18 Januari 2023 di BreachForums dan data yang dimiliki termasuk nama, e-mel, kata laluan dan nombor kad pengenalan,” tulisnya.

Bagaimanapun perkongsian data terbabit yang antaranya turut mengandungi maklumat seperti nama penuh individu tertentu tidak lagi boleh diakses setakat 6 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri memandang serius isu tersebut dan data bocor berkenaan diperoleh daripada pangkalan data lama.

“Pejabat setiausaha kerajaan negeri yang mengendalikan laman web berkenaan telah diarah menjalankan penilaian bagi mengelakkan pencerobohan data pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh menerima sebarang bentuk amalan pencerobohan sedemikian kerana ia mendedahkan sistem kita terhadap (risiko) serangan (siber),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Laman web kerajaan negeri adalah portal sehenti yang menawarkan lebih 30 perkhidmatan dalam talian membabitkan perkhidmatan awam, wakil rakyat dan exco.

BreachForum pula laman web gelap yang memaparkan forum perbincangan mengenai kebocoran data, aktiviti menggodam dan mencuri data yang didakwa memiliki 255,000 ahli berdaftar sejak dilancar, Mac 2022. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat