Politeknik Ungku Omar pertama dilantik sebagai Pusat Penilaian APEL.A

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO)
merupakan politeknik yang melatih tenaga kerja dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional melahirkan ribuan graduan TVET, telah dilantik sebagai Pusat Penilaian APEL.A (PPA) Dalaman oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mulai 28 November lalu.

PUO dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, pelantikan ini menjadikan PUO sebagai institusi pertama di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang memperoleh status ini.

Menurutnya, APEL.A, singkatan bagi Accreditation of Prior Experiential Learning, adalah satu proses sistematik yang melibatkan pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk kemasukan ke pelbagai peringkat program pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ia membuka peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak memiliki kelayakan akademik formal untuk melanjutkan pengajian.

Menurutnya lagi, PPA PUO akan menawarkan tiga tahap Penilaian APEL.A iaitu, APELT-3: Kemasukan ke program Sijil (umur minimum 19 tahun).

Manakala APELT-4: Kemasukan ke program Diploma (umur minimum 20 tahun) dan APEL T-6: Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (umur minimum 21 tahun).

“Kriteria asas permohonan APEL.A adalah pemohon warganegara Malaysia, mencapai umur minimum yang ditetapkan mengikut peringkat kelayakan serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian.

“Pelantikan ini bertujuan menyokong hasrat negara dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan mempercepatkan laluan pendidikan serta kerjaya.

“Selain itu, mengiktiraf pembelajaran tidak formal dan pengalaman kerja serta mampu mengukuhkan keyakinan diri individu untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, ”katanya.

“PPA PUO turut berfungsi sebagai pusat sehenti untuk permohonan dan penilaian APEL.A, bagi memberi bimbingan kepada calon sepanjang proses penilaian, mengurus proses penerimaan permohonan dan menetapkan tarikh penilaian serta melantik panel penilai portfolio untuk memastikan penilaian yang telus dan berkualiti.

“Dengan pengiktirafan ini, PUO membuka ruang kepada masyarakat, terutamanya golongan pekerja yang ingin meningkatkan kelayakan akademik mereka tanpa perlu mempunyai kelayakan asas akademik secara konvensional,”katanya lagi.

”APEL.A menjadi jalan pintas kepada mereka yang memiliki pengalaman luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan APEL.A PUO boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai penyelarasnya, Puan Siti Zarida di talian 1-300-88-1969, ”tambah kenyataan itu lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat