Tunda dulu PRN Melaka, biar wabak reda – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Walaupun menyedari penyelesaian krisis politik Melaka wajar ditentukan oleh rakyat namun ia perlu dilakukan pada masa dan ketika yang sesuai.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan kebimbangan tentang nyawa rakyat yang digadai demi sebuah demokrasi.

Sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, Mohamad beliau memberitahu ramai yang gusar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini akan mencetuskan satu lagi gelombang kejangkitan COVID- 19 seperti yang berlaku di Sabah tahun lepas.

“Telah ada semacam konsensus di kalangan pakar dan pengamal perubatan negara bahawa PRN Melaka tersebut harus di tunda sehingga wabak ini benar-benar reda,” tegas beliau.

Umum maklum katanya, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memaksa satu pilihanraya negeri perlu di adakan dalam masa 60 hari.

Malah, ujarnya meskipun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90 peratus, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak.

“Keputusan sama ada PRN ini harus diadakan atau ditangguhkan haruslah dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Walaupun kita yakin dengan sains dan kehidupan berdemokrasi mesti dipulihkan, kebimbangan kumpulan perubatan mempunyai asas yang kukuh dan wajar diberikan perhatian terpenting,” katanya.

Mohamad menjelaskan, rakyat Malaysia mungkin memerlukan masa untuk beralih kepada fasa endemik dan hidup dengan kehadiran virus ini.

“Namun terpulanglah kepada Kerajaan untuk memutuskan yang terbaik untuk rakyat Melaka dan Malaysia amnya.

“Insyaallah yang terbaik itu adalah keutamaan kepada nyawa, kesihatan dan kemaslahatan umum.

“Yang pasti penyelesaian krisis politik Melaka akan kembali ditentukan oleh rakyat juga akhirnya tetapi pada masa dan ketika yang sesuai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat