iPhone 13 mula dijual hari ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengguna boleh mendapatkan telefon pintar paling ikonik keluaran Apple iaitu iPhone 13 bermula hari ini selepas penjualan rasmi peranti itu untuk pasaran tempatan.

Penjualan rasmi itu bermula hari ini untuk semua generasi iPhone 13 iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan versi Pro Max.

Pengguna boleh mendapatkan peranti itu menerusi kedai rasmi Apple dan kaedah lebih mudah ditawarkan adalah membuat pembelian menerusi kedai maya rasmi Apple menerusi pautan https://www.apple.com/my/store.

Menerusi kedai maya berkenaan, pengguna dapat menikmati pengalaman pembelian yang berbeza sekali gus mendapat maklumat yang lengkap berhubung peranti yang ingin dibeli.

Pelanggan juga boleh meminta sokongan dan nasihat yang daripada pakar Apple secara peribadi atau memanfaatkan penghantaran percuma Apple yang mudah.

Untuk pasaran tempatan, iPhone 13 Mini ditawarkan pada harga bermula RM3,399, iPhone 13 bermula RM3,899, iPhone 13 Pro (RM4,899) dan versi Pro Max (RM5,299).

Peranti berkenaan juga sudah diiktiraf memiliki skrin paparan terbaik untuk semua telefon pintar termasuk keupayaan kamera yang sudah dinaiktaraf.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat