Sasha Saidin tak kisah jika perlu ambil vaksin secara tahunan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Sasha Saidin, 44, yang lengkap menerima empat dos vaksin Covid-19 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak menolak kemungkinan penduduk di seluruh dunia bakal diberikan vaksin Covid-19 secara tahunan.

Sasha berkata, melihat kepada keadaan dunia yang diserang wabak berbahaya itu kemungkinan langkah terbabit bakal dilaksanakan sama seperti pengambilan vaksin influenza yang perlu diambil secara tahunan di beberapa negara.

“Saya rasa siapa yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin Covid-19 sebelum ini mungkin akan menerima suntikan vaksin Covid-19 secara tahunan selepas ini.

“Langkah ini sama seperti yang disarankan beberapa negara kepada penduduk mereka untuk mengambil suntikan vaksin influenza secara tahunan seperti United Kingdom.

“Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai saranan vaksin Covid-19 secara tahunan tapi saya mempunyai firasat yang kuat mengatakan kita bakal menerimanya nanti,” katanya.

Menurut Sasha, dia juga menyarankan penduduk di Malaysia yang belum menerima vaksin Covid-19 untuk berbuat demikian bagi melindungi nyawa diri dan orang lain.

“Selagi wabak ini belum reda, mungkin kita dinasihatkan untuk mengambil vaksin Covid-19 secara tahunan selepas ini. Covid-19 bukan satu ancaman buat kita semua sebaliknya kita perlu percaya bahawa wabak ini sememangnya wujud dan amat berbahaya,” katanya.

Dalam masa sama, Sasha turut berkongsi pembabitannya dalam acara Expo 2020 Dubai baru-baru ini.

“Memandangkan keadaan di UAE sudah mencapai imuniti kelompok sejak pertengahan tahun ini, jadi mereka mengadakan acara ini secara besar-besaran yang membabitkan 120 negara termasuk Malaysia.

“Apa yang menarik pada 4 Oktober lalu, Malaysia turut melancarkan Malaysia Pavilion di Expo 2020 Dubai di sini. Jadi saya harap industri di Malaysia dapat kembali dibuka seperti biasa walaupun dalam keadaan norma baharu. Malah acara yang dijalankan di UAE ini boleh dijadikan contoh untuk Malaysia mengadakan program sama bagi mengembalikan semangat rakyat,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Sasha bersama suami, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara itu.

Sasha yang juga anggota Elite berkata, walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan dia enggan merisikokan diri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat