Keputusan mahkamah Zahid, Bung bukan kerana Umno ada dalam kerajaan – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Keputusan mahkamah terhadap kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan terbaharu kes melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad bukan dibuat kerana Umno berada dalam kerajaan Persekutuan.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, semua keputusan itu diputuskan sendiri mahkamah dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana parti politik.

“Itu terpulang kepada mahkamah. Mahkamah jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan masuk penjara, kita tak ada apa-apa dengan mahkamah, sebab kita tak boleh mengarahkan mahkamah.

“Dalam kes Ahmad Zahid, hakim akan jatuhkan hukum tanpa keraguan sedikit pun, tapi kalau ada keraguan pastinya Pejabat Peguam Negara akan berasa tak selesa dan dia akan tarik balik, itu sebab dilepas tanpa dibebas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Muar, lapor Utusan, semalam.

Tambah Mohamad, kedua-dua kes berkenaan tidak wajar digunakan sebagai bahan kempen pilihan raya kerana ia merupakan dua perkara berbeza.

“Kes (mahkamah) dengan undi lain ceritanya, pihak peguam negara tidak akan mendakwa seseorang kalau kes itu tidak 80 peratus solid (kukuh), hakim boleh buat keputusan tanpa keraguan, kalau ada keraguan, pihak peguam negara akan menarik balik kes tersebut,” katanya.

Isnin lalu, selepas 77 hari dibicarakan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Pada Khamis, Bung Moktar dan Zizie Izette pula dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta, lapan tahun lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membenarkan permohonan pasangan suami isteri itu menyemak perintah Mahkamah Sesyen pada akhir kes pendakwaan.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan ucapannya di hadapan pengundi di Taman Sri Jeram, Mohamad meminta akar umbi Umno tidak berbelah bahagi hanya kerana calon Kerajaan Perpaduan, Ir. Nazri Abdul Rahman tidak mewakili BN.

“Jangan kita tersalah pilih lagi, tak ada gunanya kita tak bersama dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri, menang tak menang kerajaan negeri tetap kuat, tapi untuk bawa suara tuan puan, kita perlu wakil bersama kerajaan, barulah dia boleh jumpa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk bawa masalah pengundi.

“Jangan ikut perasaan, jangan ikut TikTok. Ini bukan nak pilih johan Akademi Fantasia, ini nak pilih wakil rakyat, lima tahun menanggung, esok jangan salahkan sesiapa. Kita salahnya, kita yang pilih tak betul, akibatnya kita yang menanggung,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat