CEO dan Tiga Pegawai GLC Ditahan SPRM, Disyaki Seleweng Dana RM2.2 Juta

- Advertisement -

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tiga pegawai kanan GLC berkenaan kerana disyaki terbabit menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM2.2 juta.

Sumber berkata, empat pegawai berusia antara 49 hingga 58 tahun terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah di sini, petang tadi.

Jelasnya, empat pegawai kanan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara tahun 2016 sehingga 2019.

“Siasatan awal mendapati CEO bersama tiga lagi pegawai kanan syarikat terbabit menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan sejumlah dana syarikat yang dianggar bernilai RM2.2 juta ke dalam dua syarikat.

“Adalah disyaki kesemua suspek mempunyai kepentingan dalam dua syarikat berkenaan. Berikutan itu, mereka ditahan antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang tadi selepas hadir memberi keterangan,” katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi esok, bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat