Kemaruk Curi 730 Coli, Seluar Dalam

- Advertisement -

TOKYO: Kemaruk dengan pakaian dalam wanita, seorang lelaki di Jepun ditahan kerana mencuri 730 coli dan seluar dalam daripada pelbagai mesin cucian.

Agensi berita tempatan, Abema TV melaporkan, Tetsuo Urata, 56, ditahan selepas polis menemui timbunan pakaian dalam wanita di apartmennya di Beppu, bandar selatan di Jepun.

Lelaki itu dipercayai terlampau obses dengan pakaian dalam.

Polis terpaksa mengeluarkan gambar menunjukkan keseluruhan koleksi 730 pakaian dalam yang dirampas dalam serbuan di apartmen itu.

Kes itu terbongkar selepas seorang penuntut kolej berusia 21 tahun mengintip Urata.

Dia mendakwa suspek mencuri enam seluar dalamnya di sebuah mesin cucian pada 24 Ogos lalu.

Penuntut kolej itu kemudian melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Sebaik menerima maklumat, polis mengekori Urata dari sebuah pusat cucian dan mengejarnya sehingga ke sebuah apartmen.

Urata kemudian mengaku mencuri pakaian dalam itu, kata laporan itu.

“Sudah lama polis tidak membuat rampasan sebesar ini membabitkan pakaian dalam,” kata polis kepada media tempatan.

Pada 2019, polis di bandar Oita pernah menahan Toru Adachi yang berusia 40 tahun kerana mencuri 1,100 pakaian dalam, menurut Tokyo Reporter.

Bagaimanapun, tidak jelas berapa banyak mesin cucian yang disasarkan Urata dan sejak bila dia melakukan aktiviti berkenaan.

Polis mengatakan mereka merampas 730 pakaian dalam itu sebagai barang bukti.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat