‘Buskers’ gembira pengumuman PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penggiat industri muzik menarik nafas lega dengan keputusan kerajaan memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif yang membenarkan aktiviti seni diteruskan, mulai lusa.

Menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umpama bulan jatuh ke riba, Presiden Kelab Malaysia Buskers (MYBC), Wady Hamdan memberitahu, ahli kelab menyambut gembira perkembangan itu selepas lama menanti.

“Sebaik dimaklumkan berita baik itu, saya terus hebahkan kepada ahli. Mereka sangat gembira kerana berita itulah yang dinantikan selama ini.

“Bagaimanapun, sebelum mereka kembali bekerja, kami perlu menunggu SOP lengkap yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah berjaga-jaga.

Wady menunggu SOP terperinci yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ahli MYBC memulakan aktiviti ‘busking’ di lokasi dibenarkan. Foto Ihsan MYBC
Wady menunggu SOP terperinci yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ahli MYBC memulakan aktiviti ‘busking’ di lokasi dibenarkan. Foto Ihsan MYBC

“Sekurang-kurangnya, kita ada garis panduan selain SOP sedia ada iaitu perlu mendapatkan dua dos vaksin COVID-19.

“Tidak mahulah nanti wujud kluster baharu dalam kalangan pemuzik jalanan,” katanya kepada BH Online.

Wady berkata, disebabkan kebenaran hanya diberi kepada aktiviti ‘busking’ di lokasi tertutup, MYBC perlu mendapatkan kelulusan pihak berkaitan sebelum memulakan aktiviti.

“Biasanya, jika kawasan tertutup, ia membabitkan pusat beli-belah dan restoran. Justeru, kami perlu mendapatkan kelulusan pihak terbabit.

‘Prosedur ini akan mengambil masa. Pihak terbabit pasti ingin tahu bagaimana SOP yang akan dilaksanakan untuk pemuzik jalanan,” katanya.

Mengenai syarat perlu mendapat dua dos vaksin COVID-19, Wady berkata, peraturan itu bukanlah masalah kerana dianggarkan 80 peratus ahli MYBC sudah melengkapkan suntikan vaksin mereka.

 

 

 

 

 

 

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat