Timbalan Menteri Padam Catatan Facebook Pertikai Veveonah

- Advertisement -

Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri, telah memadam catatan Facebook beliau yang mempertikai tindakan Youtuber Veveonah Mosibin menjawab soalan peperiksaan secara dalam talian di atas pokok atas alasan kampungnya tiada talian internet.

Dalam catatan jam tiga petang semalam, Abdul Rahim memperincikan kronologi siasatan pegawai beliau mengenai video Veveonah yang menjadi tular semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

Menurut Abdul Rahim dalam catatan tersebut, dia serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung -Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah- bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

“Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun@ Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas.

Bagaimanapun setelah dikecam hebat oleh warganet (netizen), Abdul Rahim telah memadam catatan tersebut.

Pihak kami masih belum dapat berhubung dengan Abdul Rahim mahupun Veveonah bagi mendapat maklum balas.

Bagaimanapun menurut satu sumber kepada SuaraTV, Veveonah memang tidak menetap di kampung tersebut namun telah menumpang rumah saudara keluarganya di situ buat sementara waktu setelah rumah keluarganya di pekan telah mengalami kebakaran.

Isu ini menjadi kontroversi apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menggunakan fakta yang berikan oleh Abdul Rahim sebagai jawapan dalam Dewan Negara minggu lalu.

Zahidi kemudiannya dengan segera memohon maaf kepada Veveonah melalui akaun Facebooknya setelah menyedari maklumat yang didapatinya tidak benar.

Isnin lalu, Zahidi turut membuat sidang akhbar di Dewan Negara memohon maaf kerana tidak memeriksa maklumat yang diberi oleh Abdul Rahim. Zahidi juga berjanji akan berjumpa dengan Veveonah secara bersemuka dalam sedikit masa lagi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat