Veveonah Tinggal Dalam Pekan, Bukan Kg Sepatalang – Rahim Bakri

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini, mempertahankan kenyataan bahawa tindakan Veveonah Mosibin memanjat pokok untuk mendapat talian internet bukanlah satu keperluan mendesak.

Veveonah yang menjadi popular apabila memuatnaik videonya menjawab peperiksaan dalam talian Universiti Malaysia Sabah (UMS) di atas pokok atas alasan rumahnya di kampung sepatalang tidak mendapat liputan internet.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan pegawainya yang bertemu Ketua Kampung berkenaan, keluarga Veveonah sudah lama tidak menetap di kampung Sepatalang.

“Bapanya Mosibin bin Maraun@makrun adalah bekerja di KPD di pekan Pitas. Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet. Dia tidak ada rumah di kampong sepatalang seperti yang dia dakwa.

“Oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampong sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas. Pelajar ini sebenarnya sengaja membuat drama pada hal perjalanan cerita dramanya tidak betul dan tidak berasas sengaja ingin mendapatkan perhatian dan publisiti.

Minggu lepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dikecam netizen apabila mendakwa Veveonah tidak mengambil membuat video tersebut bagi mencari populariti bukannya kerana isu talian internet sangat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat