Ahli Parlimen Kudat Sumber Zahidi Mengenai Pelajar Atas Pokok

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mengakui beliau adalah sumber kepada kenyataan kontroversi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, mengenai pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin, dalam Dewan Negara minggu lalu.

Dalam catatan Facebooknya sebentar tadi, Abdul Rahim (parti Bersatu) menerangkan kronologi sumber maklumat yang beliau perolehi mengenai Veveonah setelah videonya tular beberapa bulan lepas.

“Apabila sesuatu publisiti tidak baik dilakukan terhadap kawasan saya , selaku MP kudat yang bertanggungjawap saya membuat dan melakukan siasatan,” tulis Abdul Rahim dalam akaun Facebooknya.

Pagi tadi, Zahidi yang telah meminta maaf atas kesilapan fakta beliau dalam Dewan Negara, mendedahkan beliau membuat kenyataan tersebut berdasarkan maklum balas dari Abdul Rahim.

“sudah jadi amalan di parlimen, yang pertama, kita rujuk wakil rakyat dan apabila rujuk wakil rakyat, apa isu ditimbul wakil rakyat akan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri.

“Maka, wakil rakyat tersebut (Abdul Rahim) dah maklum kepada kita dan dia dapat maklumat daripada pensyarah,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Zahidi yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata dalam isu tersebut, dia tidak melihat apa perlunya Abdul Rahim menipu ataupun memberikan maklumat tidak benar.

“Maka kita percaya pada maklumat tersebut,” katanya.

Minggu lepas Zahidi menjadi kecaman orang ramai selepas mendakwa Veveonah sebenarnya tidak mengambil peperiksaan ketika menghasilkan videonya belajar di atas pokok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan menimbulkan polemik mengenai isu pembelajaran dalam talian dan kepantasan talian internet di luar bandar.

Bagaimanapun Veveonah menafikan dakwaan Zahidi malah menunjukkan jadual peperiksaan diambilnya di UMS.

Untuk rekod Zahidi dengan pantas membuat permohonan maaf melalui akaun media sosialnya hanya selepas beberapa jam membuat kenyataan di dalam Dewan Negara. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat