Menteri Besar Selangor Berbohong Isu Air – Jabatan Peguam Negara

- Advertisement -

Dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa tiada tindakan diambil oleh Jabatan Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai menyiasat kes pencemaran air pada April lepas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harun, tampil membuat kenyataan kepada Bernama lewat malam tadi bahawa sehingga kini Jabatan Peguam Negara tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor.

“Pada 17 Mac 2020, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melalui siaran media memaklumkan bahawa keempat-empat loji rawatan air di Sungai Selangor telah dihenti tugas bermula 17 Mac, pukul 7 malam, akibat pencemaran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON.

“Lanjutan itu, siasatan bersepadu bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan Exco Alam Sekitar Selangor telah dijalankan. 30 tawaran kompaun di lapangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM60,000 kepada pemilik premis Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd. di Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kg. Sungai Dua, Rawang telah dikeluarkan,” katanya.

Idrus berkata kompaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas siasatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.

Selanjutnya, katanya dalam kejadian terbaru pada 3 Sept apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi-agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Awal pagi semalam Free Malaysia Today menerbitkan berita berjudul “AG did nothing after water pollution probe in April, says MB” yang melaporkan dakwaan Amiruddin bahawa masalah pencemaran air di Selangor sehingga menyebabkan sebahagian loji terpaksa ditutup berpunca daripada kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan.

Amiruddin dilaporkan berkata, ““We had a difficult time completing our investigation into the pollution in April but subsequently there was no further action taken by the attorney-general.” -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat