Wanita 90 Tahun Rugi RM3.83 juta Ditipu Sindiket Macau Scam

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR – Seorang pesara swasta mengalami kerugian RM3.83 juta dipercayai akibat diperdaya sindiket Macau Scam.

Wanita berusia 90 tahun itu, mengikut kemahuan sindiket itu dengan memindahkan wang simpanannya ke tujuh akaun syarikat yang berbeza secara berperingkat pada 20 April hingga 15 Jun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata ia bermula pada 13 Jun apabila wanita warga emas itu menerima panggilan telefon didakwa daripada Pos Laju Malaysia yang mengatakan terdapat bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah dengan menggunakan butirannya.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki tempatan yang mendakwa dirinya anggota polis berpangkat Sarjan bernama “Ho Mum Foo” dan pegawai atasannya “Insp Herman Lee” dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

“Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan polis menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada Khamis,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ezanee berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan kedua-dua mereka direman empat hari bermula Jumaat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda,” katanya sambil menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sindiket itu.

Beliau berkata sindiket itu biasanya menyasarkan golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai maklumat terkini jenayah siber.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Hormat Autonomi UMNO Sabah, Zahid Terima Perlantikan Ketua Menteri Dari Bersatu

CYBERJAYA: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini, menghormati keputusan UMNO Sabah untuk menerima pencalonan pemimpin Bersatu...

PRN Sabah: Bung Moktar akui, kecewa dengan prestasi BN

Kota Kinabalu - Barisan Nasional (BN) Sabah mengakui kecewa dengan prestasi parti itu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Bung...

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu - Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...