Kadar Upah Penghantar P-hailing Akan Ditambah Baik – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar upah perkhidmatan parcel hailing (P-Hailing) akan ditambah baik susulan perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan itu pada 22 Julai lalu.

Anwar memaklumkan, kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut akan pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.

“Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.

“Ikhtiar ini membuktikan kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan media malam ini.

Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali P-Hailing susulan komitmen yang diberikan semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.

Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber Manusia serta Pegawai Kanan Kementerian turut hadir dalam sesi ini.

“Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran . Semasa sesi ini, lima orang wakil daripada penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat,” ujarnya.

Kata Anwar lagi, perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling).

“Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar.

“Setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak, Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia,” jelas Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat