Azmin yakin jika menang 6 negeri, PN ambil alih Putrajaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pentadbiran Putrajaya akan bertukar tampuk pemerintahan sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Keyakinan itu dizahirkan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam podcast Keluar Sekejap, Azmin ditanya mekanisme yang akan diguna pakai oleh PN untuk ambil alih Kerajaan Persekutuan sedangkan pilihan raya sekadar berlaku di peringkat negeri.

Beliau menyatakan langkah PN itu akan dibantu oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS)dan Gabungan Rakyat Sabah.

“Kemungkinan besar ada pertukaran Kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya kita (PN) berjaya mengekalkan tiga buah negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dan menawan tiga negeri yang lain semestinya ini merupakan suara rakyat terhadap Putrajaya.

“Bahawa mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada PN untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mereka memberi keyakinan kepada PN. Sebab itu mesej ini harus diberikan perhatian secara serius oleh Putrajaya,” katanya malam tadi.

Pengerusi PN Selangor itu menyatakan beliau percaya rakan kongsi dalam kerajaan Putrajaya hari ini sedang memantau keadaan khususnya rakan-rakan di Borneo.

Kata Azmin, parti-parti politik dari Sarawak dan Sabah mahu rakan kerjasama yang kuat dan diterima oleh rakyat.

“Sekiranya mereka melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mungkin Datuk Seri Zahid Hamidi tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

“Bagaimana mereka ingin mengekalkan perkongsian kuasa di peringkat Persekutuan, ini yang sedang berlaku,” kata calon PN DUN Hulu Kelang itu lagi.

Mengulas lanjut Azmin menegaskan jika dikatakan Kerajaan Perpaduan telah menunaikan janji dalam Perjanjian Malaysia (MA93) dan itu menjadi faktor GPS dan GRS setia kepada Anwar ia tidak patut berlaku kerana MA93 digerakkan era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pelaksanaan MA93 bermula ketika kita berada dalam kerajaan selepas 2018, antara pimpinan yang menggerakkan MA93 ialah Dr Mahathir di mana ada satu jawatankuasa khas telah dibentuk melihat pelaksanaan MA93 namun, ia ambil sedikit masa dan ia diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh Tan Sri Muhyidddin Yassin.

“Ini rakan dan rakyat Sarawak amat maklum bahawa PN ketika berada di peringkat Persekutuan telah melaksanakan beberapa provision di dalam perjanjian MA93 sekarang ini hanya diteruskan oleh kerajaan sedia ada.

“Saya percaya kalau kita (PN) di Putrajaya kita akan meneruskan dan memperkukuhkan MA93 kerana itu janji kita kepada rakyat Sarawak dan Sabah,” ujarnya.

Azmin mempersoalkan, apabila melihat rakan mereka di Semenanjung semakin lemah, tidak mendapat dukungan rakyat, apakah rakan kongsi itu ingin kekal dengan rakan yang semakin lemah?

“Saya melihat rakan-rakan di Borneo ingin melihat satu perkongsian dalam partnership yang kuat yang mendapat dukungan rakyat.

“Memanglah dari segi perundangan dan Perlembagaan tidak ada sesuatu provision yang menyatakan kita menang di peringkat negeri kita boleh merubah di peringkat Persekutuan tetapi ini soal pertimbangan politik yang harus diambil kira oleh rakan-rakan di Borneo.

“Mereka mahu rakan yang kuat, rakan yang dapat memberikan kemakmuran kepada Malaysia keseluruhannya tetapi kalau dalam PRN pun apatah lagi kalau mereka kalah di Selangor mungkin Pulau Pinang kerana gelombang ini unstoppable.

“Kita tak boleh baca situasi politik, kita tak boleh jangka apa kemungkinan tetapi sebagai rakan dalam kerajaan sedia ada mereka memantau secara dekat,” yakin Azmin lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat