Stok petroleum negara cukup hingga hujung tahun 2026 – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi optimis akan memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan memaklumkan, setakat bulan lalu bekalan minyak dan bahan api negara kekal dalam keadaan terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.

Jelasnya, ia susulan tindakan proaktif kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa sejak berlaku gangguan di Selat Hormuz mulai 28 Februari 2026.

“Harga minyak mentah Brent yang mencecah paras tertinggi AS$144.50 setong pada awal April 2026 menyusut kepada AS$99.29 setong bagi tempoh 1 hingga 5 Jun 2026, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan rundingan damai.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memandang ringan situasi ini memandangkan kekangan bekalan fizikal dan susutan inventori global masih wujud,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Kementerian Ekonomi mengeluarkan kenyataan itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai status semasa keterjaminan bekalan minyak dan bahan api negara bagi tempoh Julai 2026 hingga Disember 2026.

Mengulas lanjut, Kementerian Ekonomi memaklumkan sepanjang tempoh krisis, kerajaan komited untuk memastikan bekalan asas mencukupi, harga kekal terkawal dan rakyat terlindung daripada kesan ketidaktentuan pasaran global.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat