Ada apa dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu, hubungan Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menarik perhatian ramai.

Ketika drama itu disiarkan, keserasian antara dua insan ini cukup menyerlah sehingga peminat mahu mereka bercinta di alam realiti.

Bagaikan misteri, status perhubungan Uqasha dan Kamal masih belum terungkai hingga hari ini.

Tambah hangat, keterbukaan masing-masing kian menyerlah apabila Kamal pernah memuat naik entri, bulan lalu, dengan kapsyen tertera boling atau dating?’ mengiringi foto mereka.

Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Terbaharu, pada sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28, baru-baru ini, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.

Bertanya status perhubungan mereka, Uqasha berkata:

“Kalau hendak tanya mengenai Kamal, sebaiknya, tanyalah dia sendiri. Lagi manis jika pihak lelaki yang bercakap berbanding perempuan.

Uqasha meminta persoalan mengenai status hubungannya dengan Kamal diajukan kepada aktor itu sendiri. Foto ini dirakam ketika Kamal menghadiri majlis hari jadi Uqasha, baru-baru ini. Foto IG Uqasha Senrose
Uqasha meminta persoalan mengenai status hubungannya dengan Kamal diajukan kepada aktor itu sendiri. Foto ini dirakam ketika Kamal menghadiri majlis hari jadi Uqasha, baru-baru ini. Foto IG Uqasha Senrose

“Buat masa sekarang, kami selesa berkawan. Tak salahkan berkawan? Saya sendiri pun tak tahu jodoh dengan siapa. Jadi, saya terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya kepada BH Online.

Ketika gosip mengenai mereka hangat diperkatakan, Uqasha bakal digandingkan sekali lagi dengan Kamal dalam drama 28 episod, Perempuan Tanpa Dosa arahan Micheal.

“Sebelum ini, penggambaran tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hendak cari rumah untuk dijadikan lokasi penggambaran pun sukar kerana tidak semua pemilik berani memberi keizinan. Pastinya soal keselamatan diutamakan ketika berdepan pandemik COVID-19,” katanya.

Mengulas soal hati, Uqasha percaya andai tidak ditakdirkan bersama insan tertentu, pastinya jodoh beralih kepada orang lain.

“Jika berkenalan dengan orang tertentu, belum tentu si polan itu jodoh kita. Apa yang pasti, Tuhan jadikan kita hidup berpasangan.

“Tidak perlu risau soal jodoh. Saya sentiasa bersabar dan percaya Allah sudah menetapkan jodoh masing-masing,” kata kakak kepada Nelydia Senrose ini.

Menginjak usia 28 tahun, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendamba kebahagiaan sendiri termasuk dalam soal jodoh.

“Semestinya semua orang nak hidup berumah tangga. Tapi ada juga yang mahu hidup solo sepuas-puasnya.

“Pada usia sekarang, saya teringin ada rumah tangga, suami dan anak… Cuma jodoh belum sampai lagi.

“Kalau sampai, insya-Allah pasti dipercepatkan. Namun, kalau sudah tiada jodoh, buatlah apapun, pasti bukan milik kita,” katanya.

Pada usia sekarang, Uqasha banyak menimba pengalaman dan belajar perkara yang mematangkan hidup.

“Pelbagai ujian dan rintangan saya lalui. Daripada tak tahu apa-apa, saya mula sedar dan belajar. Kesilapan lalu membuatkan memperbaiki diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat