Wanita Perlu Bersedia Hadapi Ujian Hidup – Rita Rudaini

- Advertisement -

Oleh: Muhammad Irfan

PELAKON Rita Rudaini Mokhtar menasihatkan golongan wanita agar mempersiapkan diri untuk berdepan ujian dalam kehidupan dan juga perkahwinan.

Kata pelakon kelahiran Perlis itu, setiap wanita perlu belajar hidup berdikari kerana dugaan boleh datang tanpa mengira masa.

Namun, Rita menjelaskan saranannya itu bukan bermaksud mahu menggalakkan golongan wanita agar hidup bersendiri tanpa kehadiran insan bergelar suami.

“Nasihat saya kepada wanita di luar sana, walaupun berada dalam zon selesa kenalah ambil tahu dan berdikari.

“Kita tidak tahu panaa itu sampai ke petang atau tidak, hidup ini jangan nak rasa selesa dan senang saja, selalulah fikir macam mana bila kita susah nanti.

“Ujian itu datang tanpa amaran, kalau rasa perlu berubah, ubahlah sebelum ditimpa musibah,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

Rita berkahwin dengan pemain bolasepak Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua anak.

Kedua-dua anak lelaki itu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna dibawah jagaan Rita.

Dalam pada itu, Rita yang bergelar ibu tunggal sejak tujuh tahun lalu mengakui bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak sendirian bukan satu tugas yang mudah.

Pelakon Mami Jarum itu berkata, ada ketikanya dia terpaksa membawa bersama kedua anaknya untuk menghadiri beberapa pertemuan penting.

“Bila ada meeting, terpaksa heret anak-anak sekali dan mereka terpaksa belajar secara online kat tempat sis mesyuarat,” katanya.

Kredit foto: Ohbulan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat