Covid-19 : Majlis Raja-Raja Melayu Adakan Sidang Tergempar 16 Jun Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun ini bagi membincangkan keadaan Covid-19 di Malaysia, menurut The Straits Times Singapura.

Sumber The Straits Times Singapura memberitahu bahawa pertemuan sembilan ketua keluarga diraja itu akan diadakan di Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin politik dalam masa tempoh terdekat.

Semalam SuaraTV melaporkan mengenai pertemuan Yang Di Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin parti politik yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

“Ini bukan Persidangan Raja-raja, sebaliknya mesyuarat tergempar khas,” kata sumber kepada akhbar berkenaan tanpa mengulas lanjut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 30 Jun dan 1 Julai, selepas ditangguh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, ahli politik pembangkang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkongsi di Twitter bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memperkenan menerima menghadap pemimpin semua parti politik.

Bagaimanaoun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi dari Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat