Korea Utara Kecam Israel Jadikan Gaza ‘Medan Penyembelihan Manusia’, Bunuh Kanak-Kanak

- Advertisement -

Korea Utara mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan mengubah Semenanjung Gaza menjadi ‘medan penyembelihan manusia dan pembunuhan kanak-kanak’.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar Korea Utara berkata, Israel bertindak kejam dengan membunuh kanak-kanak tidak bersalah dan ia jelas adalah jenayah kemanusiaan.

“Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seluruh Semenanjung Gaza telah berubah menjadi tempat penyembelihan manusia yang besar dan tempat untuk mendera anak-anak.

“Tidak lama setelah berakhirnya pengeboman itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel cuba untuk berselindung dengan kejahatan mereka membunuh ratusan manusia termasuk kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, katanya saluran berita antarabangsa mengecam keras Israel kerana terus mencederakan kanak-kanak, sekali gus menunjukkan mereka sebagai pengusir yang menghalau rakyat Palestin dan menyemai benih kebencian terutama sewaktu umat Islam di Palestin mengerjakan ibadah.

Kenyataan Korea Utara itu bersempena dengan sambutan ‘Hari Kanak-Kanak Mangsa Serangan yang Teraniaya Sedunia’ pada 4 Jun lalu.

Serangan terbaharu Israel di Gaza telah mengakibatkan kemusnahan terhadap ribuan perniagaan dan kediaman, memaksa lebih 100,000 penduduk berpindah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan ketika ini, kira-kira 240 warga Palestin terkorban dalam konflik selama 11 hari itu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat