Covid-19 : Dua Lagi Kluster Ziarah Aidilfitri Dikesan Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Sabah dikesan mencatatkan empat lagi kluster baharu COVID-19 dengan dua daripadanya berkaitan aktiviti Aidilfitri baru-baru ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata dua kluster itu membabitkan Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran di daerah Kota Belud dan Kluster Taman Wawasan-Beaufort, Papar di Kota Kinabalu.

Beliau berkata Kluster Kampung Bolong Baru membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun yang mengalami gejala demam, sakit tekak, selsema, batuk dan hilang deria bau sejak 22 Mei, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 27 Mei lalu.

“Kluster Taman Wawasan pula direkodkan di Hospital Papar, dengan kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun disahkan positif virus terbabit pada 18 Mei selepas bergejala sejak 7 Mei lalu, namun tidak mendapatkan rawatan.

“Saringan kontak pada 22 Mei mendapati dua kes positif masing-masing di klinik kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu. Kedua-dua kontak rapat itu terbabit dengan aktiviti kunjung-mengunjung ketika hari raya di Kampung Tarap Bongawan.

“Turut dikesan positif, empat sekeluarga di Taman Wawasan Beaufort yang membawa kepada penemuan 16 lagi kes positif di taman itu. Tujuh kes baharu dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Masidi menjelaskan Kluster Hamparan di Kinabatangan membabitkan 27 kes di tempat kerja iaitu daripada kluster indeks seorang wanita berusia 26 tahun yang didapati positif pada 29 Mei, sebelum saringan tempat kerja di kilang sawit mengesan 17 kes dan sembilan kes jangkitan kepada tanggungan.

“Kluster Jalan Budi di Tawau pula membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun yang juga pekerja salon kecantikan di Johor disahkan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Rabu lalu, sebelum saringan kontak rapat mengesan sembilan kes positif dalam kalangan rakan serumah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat