Tiada pelarasan harga babitkan LPG domestik bersubsidi, KPDN panggil syarikat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memanggil sebuah syarikat di Negeri Sembilan susulan mesej tular berhubung pelarasan harga gas petroleum cecair (LPG).

KPDN berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai mesej tersebut yang tular di media sosial.

Menurut KPDN, pelarasan harga yang dipapar itu sebenarnya melibatkan silinder gas komersial dan bukan silinder gas domestik bersubsidi.

“Bagaimanapun, satu tindakan segera diambil bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan bersandarkan perundangan Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sebarang kenaikan harga dalam senarai barang kawalan seperti LPG perlu dirujuk kepada pihak KPDN,” kata kenyataan itu di Facebook pada Rabu.

Semalam, tular notis dari sebuah syarikat yang memaklumkan mengenai pelarasan harga LPG melibatkan C14C (14kg komersial) iaitu kenaikan RM14 bagi setiap tong dan C50 (50kg) dengan kenaikan RM50 setiap tong.

Pengguna dinasihat melaporkan sebarang maklumat tidak sahih atau memanjangkan aduan kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, pusat panggilan 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat