Minyak motor 1km berapa sen saja, helikopter pula berapa belas ribu – Sanusi tempelak Izzah

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kritikan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan penganjuran konvoi motosikal Perikatan Nasional (PN) sebagai pembaziran petrol ketika dunia berdepan krisis tenaga.

Sanusi yang juga Bendahari Agung PN berkata, dakwaan pembaziran adalah tidak berasas kerana peserta konvoi menggunakan wang sendiri untuk mengisi minyak, bukannya dibiayai kerajaan.

Katanya, penggunaan petrol bersubsidi oleh rakyat bukan perkara baharu kerana dasar itu sudah lama dilaksanakan.

“Dia kata guna duit minyak subsidi. Minyak subsidi ini bukan baru, dia tak lahir lagi pun minyak subsidi dah ada. Subsidi minyak mula diperkenalkan sekitar tahun 1983 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dari dulu orang guna minyak subsidi sampai sekarang. Bukan zaman Madani ini sahaja, janganlah perasan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) Kedah di Baling, lapor Utusan.

Terdahulu, Nurul Izzah mendakwa, tindakan PN menganjurkan konvoi bermotosikal pada Sabtu lalu ketika dunia berhadapan krisis tenaga sebagai pembaziran besar-besaran.

Beliau berkata, kerajaan di seluruh dunia sedang bertindak menangani krisis bahan api dengan menjimatkan penggunaan, membina simpanan dan mempersiapkan ekonomi masing-masing menghadapi ketidaktentuan berpanjangan.

Sanusi turut menyindir pihak yang mengkritik konvoi tersebut dengan membandingkan penggunaan bahan api antara motosikal dengan kenderaan lain seperti helikopter.

“Minyak motor satu kilometer berapa sen sahaja. Helikopter pula berapa belas ribu, kalau orang mula banding perkara itu nanti hang pening,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat