Dah habis pantang, Ernie Zakri muncul dengan lagu raya

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas tamat 44 hari menjalani proses berpantang, penyanyi terkenal Ernie Zakri bakal muncul dengan single hari raya tidak lama lagi.

Ernie, 30, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, lagu ciptaan bersama Yuka itu dirakam di rumahnya sehari sebelum sambutan Ramadan.

“Yuka datang ke rumah sebab waktu itu saya belum habis pantang. Jadi saya rasa macam tak boleh untuk keluar rumah. Kita mengejar masa juga sebab dah nak masuk bulan puasa. Jadi sehari sebelum itu, Yuka datang sekejap untuk buat rakaman. Lagipun saya tak nak buang masa.

“Kalau nak tunggu saya habis pantang nanti boleh jadi lagi tertangguh. Alhamdulillah lagu ini sangat bermakna sebab lagu raya ini saya tulis bersama Yuka untuk raikan kita yang sudah boleh beraya sebab sudah dua tahun kita menahan diri kita untuk beraya bersama keluarga. Ini kira sebagai sambutan dan saya buat lagu ini meriah dengan berentak zapin,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Ernie berkata, dia juga akan kembali bekerja bermula minggu depan dengan menjalani penggambaran muzik video.

“Minggu depan saya sudah mula bekerja jadi, itulah sebabnya saya ambil keputusan untuk betul-betul berehat dan juga untuk jaga diri saya semasa pantang. Sebab saya tahu selepas ini mungkin akan sibuk. Alhamdulillah banyak tawaran yang saya sudah terima. Antaranya untuk menjadi juri dan persembahan nyanyian.

“Minggu depan saya sudah mula untuk penggambaran video muzik. Senang cerita sudah mula sibuk. Jadi sebab itulah saya ambil keputusan untuk berpantang betul-betul selama 44 hari dan semalam hari terakhir. Saya memang ambil perkhidmatan ‘confinement lady’ selama dua bulan tapi bukanlah saya nak duduk rumah selama tempoh itu. Maksudnya selepas pantang 44 hari terus saya sudah boleh bekerja,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,604FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat