Mas Idayu tolak tawaran drama, tumpu kerja amal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Mas Idayu, 50, menolak tawaran membintangi drama bersiri bagi memanfaatkan masa dengan menjayakan program amal sepanjang bulan Ramadan.

Mas Idayu berkata, dia memutuskan memperlahankan aktiviti seni untuk menumpukan kerja amal demi mencari saham untuk akhirat.

“Kita dilanda bencana pada pandemik COVID-19 sudah agak lama, iaitu selama dua tahun. Namun, ada bencana atau tidak, kita kena sedar ujian Allah SWT berikan.

“Seperti tahun sebelumnya, saya selalu minta rakan-rakan buat program amal untuk saya turut serta seperti program Infaq Ramadan bersama Putra Amaris. Saya nak buat saham akhirat.

“Saya sendiri sedarkan diri untuk memperlahankan aktiviti seni meskipun ada projek belum selesai. Kalau ikutkan, jadual saya penuh hingga hujung tahun.

“Namun, saya memang tolak untuk penggambaran drama episod kerana memerlukan komitmen panjang. Saya tak menolak untuk penggambaran pendek,” katanya kepada BH Online.

Justeru, Mas Idayu turut serta dalam projek Infaq Ramadan bersama Putra Amaris dengan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak).

 

Mas Idayu dan Putra Amaris menjalankan projek amal, Dapur Pasak sepanjang Ramadan. - Foto IG Mas Idayu
Mas Idayu dan Putra Amaris menjalankan projek amal, Dapur Pasak sepanjang Ramadan. – Foto IG Mas Idayu

 

Mas Idayu berkata, dia sedia memberi komitmen sebaik mungkin meskipun dalam pada masa sama perlu memenuhi tawaran program lain termasuk aktiviti seni.

“Walaupun ada program lain, seboleh-bolehnya saya mahu meluangkan masa untuk program ini. Sebabnya, Ramadan setahun sekali sahaja.

“Saya sudah terlalu banyak memenuhi tawaran seni sejak Januari lalu hingga sekarang. Tuhan nak uji saya untuk buat ini. Jadi, saya rela hati untuk melakukannya,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% itu, dia juga ada menjayakan program sendiri, tetapi enggan menuar-uarkan dan tidak merasakan ia perlu dihebahkan.

“Orang cakap beri tangan kanan, sorok tangan kiri. Jujurnya, bantuan diberikan adalah kepada mereka yang sangat memerlukan. Banyak kekurangan mereka, kalau tengok memang meleleh air mata.

“Jadi, saya berharap apa yang saya dan rakan buat dapat meringankan beban mereka sedikit sebanyak, insya-Allah,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat