Bukan genit sembarangan

- Advertisement -

LEBIH sedekad berkecimpung dalam industri seni tempatan, penyanyi Wani Kayrie tidak ralat biarpun namanya belum meledak berbanding rakan seperjuangan yang lain.

Mempunyai semangat juang yang tinggi dalam minatnya dalam bidang seni, anak kelahiran Sandakan, Sabah ini, ternyata bukan gadis genit yang biasa-biasa.

“Perjalanan seni saya masih jauh dan banyak lagi yang ingin saya lakukan sebagai pejuang seni. Namun saya percaya, berkat kesabaran dan kerja keras yang berterusan pasti membuahkan hasil pada satu hari nanti.

“Hampir empat bulan single Jangan Terlepas Pandang dilancarkan, saya kini bersedia untuk ke fasa seterusnya. Lagu Kamu Kamu adalah interpretasi saya yang mahu mencuba pelbagai genre muzik.

“Dalam berkarya, saya mahu mencuba semuanya supaya tak ada yang terlepas!” jelas Wani.

Terbaharu, Wani tampil dengan single pop dansa kemelayuan berjudul Kamu Kamu hasil gubahan komposer Ziin dan lirik oleh Jerry. Manakala, single terbaharu Wani itu diterbitkan oleh label Rocketfuel Entertainment.

Selain berbakat dalam bidang seni, Wani juga pelajar pintar dengan memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik.

“Memandangkan pembelajaran sekarang hanya atas talian, saya akan bawa iPad ke mana-mana, jadi ia bukan alasan untuk tidak hadir ke kuliah.

“Saya cuba siapkan tugasan yang diberikan di mana jua saya berada, waktu siang diperuntukkan untuk bekerja, manakala waktu malam pula untuk belajar,” kata Wani.

Proses rakaman lagu Kamu Kamu yang memakan masa dua jam berjaya disempurnakan Wani kerana dia terlebih dahulu membuat persiapan yang secukupnya.

 

WANI percaya berkat kesabaran dan kerja keras yang berterusan pasti membuahkan hasil pada satu hari nanti.
WANI percaya berkat kesabaran dan kerja keras yang berterusan pasti membuahkan hasil pada satu hari nanti.

 

Manakala, komposer Ziin pula banyak membantunya dalam memberi idea dari segi nyanyian.

“Ketika memasuki studio, saya sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal supaya vokal dapat sampai seperti mana yang dimahukan abang Zimi (Ziin).

“Dia banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik nyanyian yang sepatutnya untuk ‘menghidupkan’ lagu ini. Menurut penulis lirik, lagu Kamu Kamu bermaksud kerinduan seseorang terhadap pujaan hatinya yang tiada di depan mata.

“Kesetiaan dalam menantikan kepulangan pujaan hatinya itu terbawa sehingga dalam mimpi. Namun, dia terus berharap supaya pujaan hatinya itu kembali padanya,” katanya.

Pada usia 21 tahun, hati Wani pernah ditawan seseorang, namun perhubungan itu putus di tengah jalan akibat kekangan masa dan kesibukan masing-masing.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah menafikan lagu Kamu Kamu ditujukan khas buat sang mantan. Jelasnya, biarpun hubungan cinta tidak kesampaian, namun mereka masih bersahabat.

“Eh taklah! Kami masih berkawan, tapi tidak serapat dulu dan lagu ini tiada kena-mengena dengan kisah peribadi saya.

“Bagi saya, kepelbagaian itu sangat penting dalam memperkenalkan lagi kebolehan Wani Kayrie kepada orang ramai.

“Dan kalau ada jemputan untuk membuat persembahan pentas, saya sudah bersedia dengan portfolio yang pelbagai mengikut jenis acara,” katanya.

Wani boleh dikatakan antara penyanyi muda negara yang versatil, kalau pendengar amati melodi Kamu Kamu, elemen muzik pop dangdut jelas kedengaran dalam korusnya yang rancak dan mengasyikkan.

Dalam muzik video (MV) sebelumnya, Wani tampil dengan imej ‘garang’ dan serius, namun untuk MV Kamu Kamu pula, konsepnya lebih bersahaja dan berbeza dengan menampilkan imej yang lebih muda serta segar sesuai dengan usianya sekarang.

Lagu Kamu Kamu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat