ISU VEL VEL : Saravanan Cabar Zamri Vinoth Berdebat, 23 Mac

- Advertisement -

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, telah menetapkan 23 Mac sebagai tarikh debat dengan pendakwah bebas, Zamri Vinoth. Perdebatan ini susulan kenyataan kontroversi Zamri yang membandingkan individu yang membawa kavadi ketika Thaipusam dengan orang yang dirasuk atau mabuk.

Menurut Saravanan, debat tersebut akan dianjurkan oleh Dewan Bahasa Tamil Malaysia, dan Zamri bebas memilih lokasi di Kuala Lumpur.

“Saya mengambil maklum bahawa kamu telah menerima cabaran debat ini. Topiknya adalah mudah, kamu sebelum ini mendakwa bahawa ‘Hindu yang mengangkat kavadi sebut Vel Vel sambil menari seperti dirasuk dan dalam keadaan mabuk todi’. Mungkin kamu tidak ada pengetahuan dalam bab ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, “Saya menantikan pengesahan daripada kamu. Pada masa yang sama, ‘pelik’ apabila kamu menerima cabaran debat tetapi tutup ruangan komen di Facebook.”

Zamri Terima Cabaran Dengan Respon Ringkas

Dalam reaksinya semalam, Zamri memberi jawapan ringkas terhadap cabaran Saravanan dengan berkata, “Orang menjual, kita membeli.”

Cabaran debat ini dibuat Saravanan menerusi satu video, di mana beliau turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas Zamri di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Saravanan juga mendesak parti politik, pengurusan kuil, pertubuhan agama, NGO, dan individu untuk membuat laporan polis terhadap Zamri.

“Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian perdana menteri dan menteri dalam negeri. Menteri dalam negeri (Saifuddin Nasution Ismail) memberitahu saya hari ini beliau telah mengarahkan polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Menurut Saravanan, jika tindakan tidak diambil terhadap Zamri, ia boleh menjejaskan sokongan masyarakat Hindu kepada kerajaan.

Desakan Tindakan Daripada Pemimpin Politik

Beberapa pemimpin politik turut mengecam kenyataan Zamri. Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer, menyatakan bantahan mereka, dengan Rayer telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, turut menyuarakan gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap Zamri dan individu lain yang melakukan penghinaan terhadap agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat