Kuala Lumpur, – Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau menegaskan bahawa Umno menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan politik.
“Kita menghormati SPRM dan kita harap SPRM berlaku adil dan tentunya profesional di dalam melakukan penyiasatan.
“Secara peribadi saya juga pernah mengalami keadaan itu jelas apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan sebagainya.
“Akhirnya keadilan telah dapat ditegakkan dan saya harap perkara yang sama akan dapat berlaku di mahkamah dan itulah harapan kita (dalam kes ini),” katanya ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan 2025 di Masjid Tanah, Melaka.