BN Sabah Utamakan Kepentingan Rakyat Dalam Pakatan Pilihan Raya

- Advertisement -

Pemimpin BN Sabah menegaskan bahawa sebarang pakatan yang dibentuk menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang perlu berlandaskan kepentingan rakyat dan bukan semata-mata untuk keuntungan politik.

Bendahari BN Sabah, Salleh Said Keruak, menyatakan bahawa gabungan itu komited untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), selaras dengan hubungan yang telah terjalin di peringkat persekutuan.

Menurutnya, pendirian itu telah dinyatakan secara terbuka oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin.

“Pada masa sama, kami mengakui kepentingan mengadakan libat urus dengan parti tempatan untuk memastikan gabungan kuat dan padu di negeri ini.

“Ini sebabnya kita perlu menekankan ‘Suka Sama Rakyat’ – pakatan kita harus mencerminkan keperluan dan aspirasi rakyat Sabah, bukannya sekadar ‘Suka Sama Suka’ atau kesenangan politik,”katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Salleh, yang juga Adun Usukan, menambah bahawa perbincangan sedang berlangsung bagi memastikan BN-PH serta rakan politik tempatan dapat terus bekerjasama dalam aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, dan peluang pekerjaan di Sabah.

“BN Sabah akan mengadakan libat urus dengan rakan-rakan sehaluan yang berkongsi visi kami untuk Sabah lebih kuat dan maju,” katanya lagi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat