RoS Tidak Sepatutnya Tunduk Dengan Desakan – Muqharabbin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada Umno mungkin akan menjadi budaya baharu yang merencatkan fungsi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Muqharabbin Moktaruddin berkata, sekiranya perkara ini diluluskan, ini bermakna selepas ini, setiap parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menggunakan pengecualian oleh Menteri untuk merosakkan imej RoS itu sendiri.

“RoS adalah badan yang mengawal selia semua pertubuhan di Malaysia dan tidak wajar dipergunakan oleh individu berkepentingan kerana tidak kiralah NGO atau parti politik itu menerajui negara ataupun tidak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tegas beliau, RoS tidak sepatutnya tunduk dengan desakan tersebut.

“Setahu saya Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah entiti yang menjunjung tinggi keluhuran dan kebenaran.

“Tidak bermakna Perlembagaan Persekutuan bahawa parti politik boleh melanggar perlembagaan parti sendiri. Sebab itu kita ada RoS untuk kawal selia setiap pertubuhan.

“Takkan kita tak faham akta dan perlembagaan. Kalau begitu lebih baik tidak perlu ada RoS dan setiap parti buatlah undang-undang sesuka hati lepas ini,” bidas beliau.

Dalam perkembangan lain, Muqharabbin memuji keputusan RoS yang membuat keputusan bahawa Umno perlu membuat pembetulan dan meminta agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan.

KDN semalam memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno mengenai usul tambahan berkenaan dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

Pun begitu, semalam juga tular satu surat mendakwa supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan akan datang adalah tidak sah.

Surat dengan kepala surat (letterhead) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu.
Iklan

Surat berkenaan memaklumkan, RoS telah meneliti secara terperinci permohonan pindaan Usul Tambahan (Usul Kelapan) ke atas Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang menetapkan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dengan mengambil kira dasar UMNO yang berkuat kuasa.

Perkembangan lain, beliau juga membidas Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil yang mengatakan Khairy Jamaluddin tidak memahami Perlembagaan Malaysia.

Susulan itu, Muqharabbin menggesa agar perwakilan dapat membuat perubahan untuk pemilihan kali ini.

“Kita sudah banyak ditipu dan dipermainkan. Sekiranya ingin parti diterima rakyat, inilah masanya.

“Pilihlah calon-calon yang berani dan wibawa serta tidak tunduk dan takut dengan ugutan yang bukan-bukan. Kita perlu sayang parti terlebih dahulu, bukan pemimpin.

“Untuk pemilihan kali ini, saya menawarkan diri untuk ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dengan nombor calon 69,” ujarnya.

Menurut Muqharabbin di MKT adalah tempat paling sesuai untuk beliau menyuarakan dan memberi undi penting sekiranya parti ingin membuat sesuatu keputusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat