Meraikan Kejayaan Wanita Dalam Pengajian Tinggi Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

Oleh: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Sebagai Menteri Pengajian Tinggi, keterlibatan saya bersama-sama dengan anak-anak muda telah membuka mata bahawa pandangan rakyat Malaysia mengenai stereotaip terhadap jantina sudah berubah. Melihat seorang lelaki yang gemar memasak atau seorang wanita yang suka membincangkan perihal politik bukan perkara yang asing. Jurang perbezaan peranan antara lelaki atau wanita di sekolah, rumah, tempat kerja, mahupun dalam sesebuah masyarakat tidak lagi ketara seperti dahulu.

Anak muda Malaysia pada hari ini tidak lagi cenderung kepada stereotaip terhadap jantina mahupun percaya dengan kebiasaan lama. Wanita hari ini dilihat semakin berdikari, kuat, berani – bukan lagi lemah dan hanya mengikut arahan seiring dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #ChooseToChallenge yang menggambarkan gaya hidup milenial dan generasi Z.

Di Malaysia, 48.6% daripada 32.7 juta rakyat Malaysia adalah wanita iaitu mewakili hampir separuh daripada populasi di seluruh negara. Wanita Malaysia memainkan peranan yang sangat besar dalam meningkatkan pembangunan negara dan juga kesejahteraan sosio-ekonomi sesebuah institusi kekeluargaan. Salah satu perubahan ketara di Malaysia adalah peningkatan wanita di dalam pasaran buruh. Pada tahun 2007, kadar penyertaan tenaga kerja wanita (LFPR) adalah cuma 46.4%, namun pada tahun 2019, peratusan LFPR tersebut meningkat kepada 55.6%.

Malaysia menyokong sepenuhnya 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terutamanya Matlamat ke-4 dan ke-5 yang menyasarkan pendidikan berkualiti serta mencapai kesaksamaan jantina melalui pemerkasaan lebih ramai golongan wanita serta kanak-kanak perempuan. Jumlah peningkatan golongan wanita yang cemerlang dalam pengajian tinggi menjadi bukti komitmen kami terhadap SDG ini.

Pada tahun 2020, jumlah wanita yang mendaftar di institusi pendidikan tinggi adalah seramai 357,087 mewakili 61% daripada jumlah mahasiswa yang mendaftar di institusi awam serta hampir 53% daripada 537,434 mahasiswa yang mendaftar di institusi swasta.

Hasil kajian mengenai Ketidakseimbangan Jantina yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), mendedahkan bahawa peningkatan pendidikan wanita telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi iaitu sekitar 50% di negara-negara OECD sejak 50 tahun yang lalu. Ini adalah bukti bahawa negara diperkasakan apabila golongan wanita turut diperkasakan.

Kejayaan hasil pemerkasaan wanita dan kesaksamaan dalam ekosistem pendidikan tinggi Malaysia juga tidak dapat dinafikan. Di institusi pendidikan tinggi awam, 56.5% daripada 31,584 ahli akademik adalah wanita. Ahli akademik wanita ini telah menguasai kedudukan sebagai pengajar bahasa (72.4% daripada 1,105) dan pensyarah (60% daripada 22,571).

Pada tahun 2020, Profesor Madya Dr. Chan Yoke Fun, Ketua Jabatan Mikrobiologi Perubatan di Fakulti Perubatan Universiti Malaya telah berjaya mencipta sejarah dalam bidang perubatan. Penyelidikan Dr. Chan mengenai penyakit Tangan, Kaki dan Mulut telah berjaya menghasilkan vaksin untuk memerangi virus dan penyakit jangkitan otak di kalangan kanak-kanak.

Hasil daripada penyelidikan itu, beliau telah memenangi anugerah berprestij ASEAN-US Science Prize for Women, 2020 serta turut menerima penghargaan dari ASEAN Committee on Science, Technology, and Innovation (COSTI), The US Agency for International Development (USAID) dan Underwriters Laboratories.

Selain menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, ahli akademik wanita juga telah menunjukkan kemampuan mereka memegang jawatan strategik dalam pentadbiran universiti. Pada tahun 2020, empat wanita telah dipilih sebagai Timbalan Naib Canselor di tiga institusi pendidikan awam. Mereka merupakan, Prof. Dr. Noorsaadah Binti Abd Rahman (Universiti Malaya, UM), Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor (Universiti Teknologi MARA), Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar dan Prof. Dr. Marzita binti Puteh (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Sokongan Malaysia terhadap pemerkasaan wanita dan kesaksamaan juga dapat dilihat di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila lebih separuh daripada tenaga kerja KPT iaitu seramai 15,164 orang adalah wanita (56%). Selain itu, jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga disandang oleh seorang wanita, iaitu Ts. Zainab bt Ahmad.

Ini jelas menunjukkan bahawa peranan wanita dalam sektor pengajian tinggi Malaysia telah memberi sumbangan dan impak yang besar dalam meletakkan negara kita sebagai hab pengajian tinggi antarabangsa di peta dunia.

Melihat kepada bukti-bukti kejayaan ini, menjadi harapan saya agar kita semua berusaha ke arah pemerkasaan dan kesaksamaan wanita, bukan hanya pada hari ini, tetapi ianya merupakan satu usaha yang berterusan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas segala usaha, walau sekecil mana pun yang telah menyumbang kepada peningkatan prestasi wanita di Malaysia dan di seluruh dunia. Selamat Hari Wanita Sedunia!

– BERNAMA

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merupakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...