Bantu keluarga susah punca 14,506 pelajar sekolah menengah cicir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sejumlah 14,506 pelajar sekolah peringkat menengah direkodkan tercicir dari arus pendidikan atau meliputi kadar 0.83 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor utama keciciran murid ialah hilangnya minat murid ke sekolah, ingin menampung keluarga dan masalah kemiskinan keluarga.

Dalam hal itu, kata beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja masih bersekolah bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan waktu bekerja ditetapkan.

“Cadangan itu penting bagi memastikan isu keciciran dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini dapat dikawal,” katanya menerusi kenyataan dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2024, di Putrajaya pada Khamis.

Zahid berkata, cadangan lain termasuk membantu keluarga yang kesempitan kewangan dan memberi bantuan kewangan mencukupi kepada murid mengikut keperluan dan lokaliti tempat tinggal.

Menurutnya, maklumat tentang kepentingan pendidikan sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan disebar luas kepada kanak-kanak dan murid yang tidak bersekolah atau keciciran melalui media cetak, media elektronik serta media sosial, lapor Utusan.

Sementara itu, Zahid berkata, mesyuarat juga bersetuju bagi melaksanakan program pencegahan, kawalan dan rawatan berkaitan HIV dan AIDS

“Mesyuarat hari ini menerima beberapa cadangan penambahbaikan bagi memperkasa masyarakat terutama kalangan belia atau anak muda dengan pengetahuan tepat mengenai HIV dan AIDS.

“Ini kerana, 74 peratus kes HIV yang dilaporkan membabitkan golongan muda berusia 20 hingga 39 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, cadangan lain antaranya mewujudkan rumah perlindungan sama ada kendalian agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan ‘aftercare’ bagi Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) terutama ODHA yang tersisih oleh keluarga dan tiada sokongan.

“Jawatankuasa turut mencadangkan supaya pemantauan dan sekatan berterusan dibuat ke atas laman web yang menyebarkan bahan lucah atau aplikasi rangkaian sosial yang menjurus kepada aktiviti berisiko tinggi HIV,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat